Thursday, 18 May 2017

Gambar dan keputusan penuh boleh didapati pada fb rasmi iaitu MtbChallenge Kkhs...

Wednesday, 17 May 2017

Tuesday, 18 April 2017


PENGAMBILAN GOODIE BAG

Kaunter untuk pengambilan goodie bag akan dibuka pada :


Tarikh  : 19 Mei 2017

Masa     : 10.00 pagi - 9 malam

Tempat : Blok B, Kolej Komuniti Hulu Selangor


Tarikh   : 20 Mei 2017

Masa     : 6.15 pagi - 7.30 pagi

Tempat : Blok B, Kolej Komuniti Hulu Selangor


Monday, 27 February 2017

COMMUNITY COLLEGE MTB CHALLENGE 2017

20 MEI 2017 -KOLEJ KOMUNITI HULU SELANGOR

Kolej Komuniti Hulu Selangor (KKHS) sekali lagi akan mengadakan pertandingan COMMUNITY COLLEGE MTB CHALLENGE 2017. Acara berbasikal seumpama ini telah dimulakan dengan KKHS Fun Ride pada tahun 2013, diikuti dengan KKHS MTB Jamboree pada tahun 2014, 2015 dan 2016.  Acara berbasikal pada tahun ini dikenali sebagai COMMUNITY COLLEGE  MTB CHALLENGE 2017 seiring dengan kehendak peserta yang menginginkan sesuatu yang mencabar dan lasak.

Berdasarkan pengalaman dan kepakaran KKHS dalam penganjuran sukan berbasikal sebelum ini, COMMUNITY COLLEGE MTB CHALLENGE 2017 pastinya menjanjikan kepuasan dari segi trek yang bakal menguji kemahiran peserta dan dibantu oleh urusetia yang berpengalaman dalam pengurusan teknikal dan acara.  Trek sejauh 30 - 40 km yang akan diperkenalkan pada tahun ini merupakan trek baharu dan peminat acara berbasikal lasak pasti akan berpuas hati dengan cabaran yang bakal di hadapi.

Program ini akan dimulai dengan pendaftaran peserta sehari sebelum hari pertandingan. Peserta akan berkumpul di garisan permulaan seawal  jam 6.00 pagi sebelum pertandingan dimulakan pada jam 8.00 pagi.  Peserta akan menempuh perjalanan sejauh 30-40 km melalui jalan "off-road" dan "on-road" dan berakhir di perkarangan Kolej Komuniti Hulu Selangor.